Sejarah
Wakaf DiRaja Sultan Idris Mursid-Ul-Adzam Shah diasaskan pada awal abad ke-20 sebagai sebahagian daripada warisan kebajikan Almarhum Sultan Idris Mursid-Ul-Adzam Shah. Wakaf ini lahir daripada hasrat baginda untuk memastikan aset-aset tertentu digunakan untuk manfaat umat Islam di Perak secara berterusan.
Sepanjang sejarahnya, wakaf ini telah menyokong pembinaan dan penyelenggaraan masjid, sekolah agama, serta membantu dalam program kebajikan masyarakat. Hari ini, ia terus berperanan sebagai pemangkin pembangunan rohani dan sosial.
Peranan wakaf diraja
Memelihara dan membiayai masjid serta sekolah agama.
Menyokong majlis-majlis keagamaan dan sambutan hari kebesaran Islam.
Membantu masyarakat setempat melalui program kebajikan.
Maklumat Korporat